Menemukan Nilai-Nilai dalam Hikayat
Pengertian
Hikayat adalah salah satu bentuk karya sastra, terutama dalam bahasa
Melayu yang berisikan tentang kisah, cerita,
dan dongeng. Umumnya mengisahkan tentang
kehebatan maupun kepahlawanan seseorang lengkap dengan keanehan, kesaktian serta mukjizat tokoh
utama. Istilah hikayat merupakan kata serapan dari bahasa
Arab, yaitu “haka” yang
berarti cerita. Tapi, secara harfiah hikayat berarti
kenang-kenangan yang merupakan sinonim dari riwayat atau tarikh. Hikayat
dapat dibedakan menjadi cerita rakyat, epos, dongeng,
cerita Islam, sejarah, biografi dan cerita
berbingkai. Hikayat ditulis oleh pujangga untuk
mengekspresikan buah pikirannya dalam bentuk prosa rekaan sebagai pelipur lara (https://id.wikipedia.org/wiki/Hikayat).
Tujuan
Hikayat ditulis dengan tujuan untuk menghibur pendengarnya, seperti Hikayat
Hang Tuah yang dapat membuat para pendengar terhanyut dengan cerita di
dalamnya. Selain itu, hikayat juga berfungsi untuk mendokumentasikan sesuatu
seperti silsilah kerajaan tertentu.
Ada
juga hikayat yang dibuat dengan jalan cerita tidak nyata atau dilebih-lebihkan
dengan tujuan membuat musuh takut dengan kerajaan dalam cerita tersebut. Karya
cerita ini biasanya diminta oleh sang raja sehingga seolah-olah kerajaannya lah
yang paling perkasa. Hal ini dilakukan untuk menjaga kerajaannya dari serangan
musuh-musuh yang mengancam keberadaannya
Ciri Hikayat
Ciri - ciri hikayat adalah sebagai
berikut:
ü berisi kisah - kisah kehidupan lingkungan istanaistana sentris
ü banyak peristiwa yang berhubungan dengan nilai - nilai Islam. Nama nama tokoh dipengaruhi oleh nama - nama Arab
ü Ditemukan tokoh dengan karakter diluar batas kewajaran
ü tidak ada pembagian bab atau
judul.
ü juru cerita tidak pernah disebut secara eksplisit (anonim)
ü sulit membedakan peristiwa yang nyata dan peristiwa yang imajinatif/khayal dari mulut ke mulut (peristiwa seringkali tidak logis)
ü banyak menggunaka kosakata yang kini tidak lazim
ü seringkali menggunakan pernyataan yang berulang - ulang
ü sulit memahami jalan ceritanya
ü berkembang secara statis
ü berbahasa klise, meniru bahasa
penutur sebelumnya
ü bersifat alogis, menggunakan
logika sendiri tidak sesuai dengan logika
Hikayat Isma Yatim
Seorang menteri di benua Keling, Megat Nira namanya telah pergi membawa
diri ke negeri Masulipatam, sebab malu alah bermain catur dengan seorang
hulubalang di hadapan majlis rajanya.
Pada masa isterinya hampir akan bersalin, maka diketahuilah oleh Megat Nira
daripada beberapa alamat yang disaksikannya, bahawa ia akan memperolehi
seorang anak yang amat bijaksana. Hal ini terbukti apabila Isma Yatim
diserahkan mengaji kepada seorang mualim bernama Sufian dengan cepat
dapat ia mengarang hikayat, mula-mulanya hikayat untuk kanak-kanak,
kemudian dikarangkannya pula hikayat-hikayat yang mengandungi tamthil
‘ibarat untuk menambah akal dan menyukakan hati segala golongan orang
ramaia hingga termasyhurlah kebijaksanaannya ke seluroh negeri itu.
Sesudah itu dikarangkannya pula sebuah hikayat yang mengandungi panduan
dan nasihat bagi raja-raja, lalu ia pergi kepada perdana menteri minta
persembahkan hikayat itu kepada raja. Maka oleh perdana menteri itu dibawanya
Isma Yatim bersama-sama mengadap raja, dan pada hari itu juga ia
telah diambil raja bekerja di dalam istana. Tiada beberapa lama sesudah itu ia
telah diberi kerja menghampar permaidani raja dan kemudiannya dijadikan
biduanda.
Tatkala beramah mesra dengan seorang nakhoda yang datang daripada negeri
asing ke negeri Indera-Patani, Isma Yatim telah menerangkan kepada nakhoda
itu enam syarat yang harus diketahui oleh dagang sebagai membalas budi, maka
nakhoda itu telah menghadiahkan pakaian yang indah-indah kepada Isma
Yatim, demikian juga sebuah chanda-peti permainan ajaib yang didapatnya di
pulau Mutia Langkawi untuk dipersembahkan kepada raja. Di dalam peti itu
ada dua buah permata Nila Kendi namanya. Sebuah daripada permata itu jika
diletakkan di atas talam nescaya keluar dua ekor merak yang pandai berpantun
dan berseloka; sebuah lagi permata itu jika diletakkan di atas geta keemasan
akan keluar seorang puteri yang amat cantik parasnya. Dengan kebijaksanaan
Isma Yatim, akhirnya puteri yang bernama Ratna Kendi Maheran Langkawi
dari permata Nila Kendi itu menjadi isteri raja.
Apabila terbit ancaman tentera Raja Rum Safar dan akan melanggar negeri itu
maka Isma Yatim telah dinaikkan pangkatnya daripada jawatan bendahari
menjadi panglima perang, dan dengan kebijaksanaannya tentera-tentera musuh
itu dapat dikepungnya; tetapi kemudian kedua pihak itu telah mengikat
persahabatan. Isma Yatim telah pula diangkat memegang jawatan perdana
menteri.
Puteri Indera, permaisuri raja, mendapat tahu bahawa Puteri Ratna Kendi
Maheran Langkawi telah hamil, maka khuatirlah ia kiranya bertambah-tambah
kasih raja akan puteri itu, lalu difitnahkan oleh permaisuri, dikatakannya puteri
itu hendak meracun baginda. Oleh terlalu murkanya.maka raja pun menyuruh
bunuh tuan puteri itu; tetapi dengan kebijaksanaan Isma Yatim, yang
melindungi puteri itu, iaitu disembunyikannya di dalam rumah di tengah-tengah
sebuah kebun.
Raja telah menyesal oleh menghukum bunuh tuan puteri itu dengan tiada usul
periksa lagi, maka ketika itu baharulah Isma Yatim menerangkan rahsia bahawa
perintah baginda itu sesungguhnya tidak dijalankan. Puteri Ratna Kendi
Maheran Langkawi bersama-sama Dewi Rum yang lahir dalam persembunyian
itu, telah di sambut kembali ke istana dengan segala keraian.
Apabila raja telah mangkat maka puteri baginda itulah naik takhta kerajaan
dengan geIaran Mengindera Seri Bulan di-Semudera Negara, di-bawah
pimpinan dan didekan kedua ibu suri serta Perdana Menteri Isma Yatim. Pada
masa memimpin tuan puteri itu memerentah kerajaan banyak-lah nasihat dan
kias ‘ibarat yang amat berharga diberi oleh Isma Yatim. Akhir-nya tuan puteri
itu berkahwin dengan Indera Mempelai, putera Raja Shahdon Mengindera.
Analisis nilai-nilai hikayat Isma Yatim:
1. Nilai Agama:
Ilustrasi: Hal ini terbukti apabila Isma Yatim diserahkan mengaji kepada seorang mualim bernama Sufian dengan cepat dapat ia mengarang hikayat, mula-mulanya hikayat untuk kanak-kanak, kemudian dikarangkannya pula hikayat-hikayat yang mengandungi tamthil ‘ibarat untuk menambah akal dan menyukakan hati segala golongan orang ramaia hingga termasyhurlah kebijaksanaannya ke seluroh negeri itu.
2. Nilai Pendidikan
Ilustrasi:
(1) Raja telah menyesal oleh menghukum bunuh tuan puteri itu dengan tiada usul periksa lagi, maka ketika itu baharulah Isma Yatim menerangkan rahsia bahawa perintah baginda itu sesungguhnya tidak dijalankan.
(2) Pada masa memimpin tuan puteri itu memerentah kerajaan banyak-lah nasihat dan kias ‘ibarat yang amat berharga diberi oleh Isma Yatim.
3. Nilai Estetika
Ilustrasi: ... demikian juga sebuah chanda-peti permainan ajaib yang didapatnya di pulau Mutia Langkawi untuk dipersembahkan kepada raja. Di dalam peti itu ada dua buah permata Nila Kendi namanya. Sebuah daripada permata itu jika diletakkan di atas talam nescaya keluar dua ekor merak yang pandai berpantun dan berseloka; sebuah lagi permata itu jika diletakkan di atas geta keemasan akan keluar seorang puteri yang amat cantik parasnya.
4. Nilai Moral:
Ilustrasi:
(1) ... Apabila terbit ancaman tentera Raja Rum Safar dan akan melanggar negeri itu maka Isma Yatim telah dinaikkan pangkatnya ...
(2) ... dan dengan kebijaksanaannya tentera-tentera musuh itu dapat dikepungnya; tetapi kemudian kedua pihak itu telah mengikat persahabatan.
(3) ... lalu difitnahkan oleh permaisuri, dikatakannya puteri itu hendak meracun baginda. Oleh terlalu murkanya. maka raja pun menyuruh bunuh tuan puteri itu; tetapi dengan kebijaksanaan Isma Yatim, yang melindungi puteri itu, iaitu disembunyikannya di dalam rumah di tengah-tengah sebuah kebun.
(4) Raja telah menyesal oleh menghukum bunuh tuan puteri itu dengan tiada usul periksa lagi, maka ketika itu baharulah Isma Yatim menerangkan rahsia bahawa perintah baginda itu sesungguhnya tidak dijalankan.
Catatan:
Perhatikan tanda >>> (...) artinya terdapat cerita sebelumnya dari kutipan yang diambil
5. Nilai Budaya:
Ilustrasi: Apabila raja telah mangkat maka puteri baginda itulah naik takhta kerajaan dengan geIaran Mengindera Seri Bulan di-Semudera Negara, di-bawah pimpinan dan didekan kedua ibu suri serta Perdana Menteri Isma Yatim.
Lembar Kerja
Nama Klompok:
1. ........................
2. ........................
3. ........................
4. ........................
HIKAYAT GUL BAKAWALI
Alkisah peri mengatakan Taju’l-Muluk bermain bermain catur dengan Puteri Jenuh Hati dan peri ia menebus keempat-empat saudara(nya) itu serta dengan sekalian harta benda mereka itu. Kata Sahibu’l-Riwayah, setelah beberapa bulan lamanya Taju’l-Muluk berbuat pekerjaan kepada amir itu, maka wang pun telah adalah sedikit padanya. Pada sekali persetua pergilah ia meminta hukum kepada amir itu, katanya. ’Ya tuanku, tuanku, adalah seorang sahabat hamba baharu tiba di negeri ini. Kalau dapat kiranya hamba pinta apalah hendak pergi kepadanya sejam dua pada tiap-tiap hari. ’Maka sahut amir itu,’Baiklah anakku.
Pergilah tuan barang bila anakku kehendaki. Tiada kehendaki. Tiada sekali-kali ayahanda lintangi tuan. ’Sebermula daripada hari ini tiadalah lain pekerjaan Taju’l-Muluk itu melainkan pada tiap-tiap hari pergi bercatur ke mana-mana. Maka habislah sekalian orang-orang pandai di dalam negeri itu dialahkannya. Maka apabila dilihatnya tiada dapat orang melawan ia bermain itu, maka berfikirlah ia, ’Bahawasanya inilah ketikanya baik aku mengadu pula nasib malangku ini kalau-kalau ada sudah tuahnya, maka dapat aku menang bermain dengan puteri itu. Dan saudaraku pun dapat kulepaskan daripadanya. Maka ubat mata ayahku itu dapatlah kelak kucari dia.'
Setelah ia berfikir demikian, pada suatu hari pergilah ia berjalan di hadapan mahligai Puteri Jenuh Hati itu. Maka apabila sampailah ia di mahligai itu terpandanglah ia seorang perempuan tua keluar dari magligai itu. Maka Taju’l-Muluk pun bertanyalah kepada orang-orang di situ, ‘siapa perempuan ini?’ Maka jawabnya, ‘Tiadakah tuan ketahui perempuan tua inilah penghulu mahligai ini. Maka tiadalah dilalui oleh tuan puteri itu perkataannya. ’Demi didengar oleh Taju’l-Muluk akan perkataan orang lain, maka berkatalah ia di dalam dirinya, ‘Hai Taju’l-Muluk, Oleh perempuan inilah kelak hasil pekerjaanmu.
Sekarang pun carilah muslihat belenggukan
hatinya, moga-moga jika ada sesuatu honar puteri itu, dapat diketaui dia.’
Setelah dia berfikir demikain maka pergilah ia mendapatkan perempuan tua
itu.Seraya membuangkan dirinya ke kaki perempuan tua itu dengan tangisnya. Maka
perempuan tua itu pun terlatah-terlatah sambil berkata, ‘Hai orang muda,
benarlah tuan apa mulanya maka tuan selaku ini? Wah, gilalah tuan atau
aniayakah tuan? Aduhai sampainya hati mereka berbuat aniaya ke atas
orang seelok ini. Ayuhai khabarilah tuan apa jua mulanya maka tuan menangis
selaku ini? Maka Taju’l-Muluk pun bersauklah demikian bunyinya:
Apalah
ditanya ditanya hal yang leta *
Haram di dunia seorang seorang tak nyata,
Hati
terbakar kalbu bercinta *
Hidup dua hari azab semata
Malang celaka ditakdirkan ditakdirkan * Haram seorang seorang tiada pembela Allah
Malam dan siang di dalam * Tak tau ke
mana dituju hala bala
‘Ayuhai nenekanda, adapun hamba ini seorang seorang musafir dagang piatu. Di dalam negeri ini tiada mempunyai mempunyai sanak saudara ataupun sahabat handai. Hanyalah Tuhan Ghafuru’l-rahim jua yang memeliharai hamba. Maka negeri hamba pun jauh ke selatan. Sebagai lagi dengarkan ya nenekanda, maka adalah hamba ini seorang nenek yang telah datang bersama-sama hamba di sini. Maka dengan kuasa Tuhan Wahidu’l-Qahar telah beberapa tahun lamanya ia meninggalkan hamba kembali ke daru’l-baqa. Maka dengan sesungguhnya sekalian susuk jijaknya dan usul sifatnya itu hamba dapati sepenuh-penuh kepada nenekandalah. Maka oleh kerana terlihat oleh sifat yangdemikian itu termesralah kasih hamba kepada nenekanda.
Bahkan seolah-olah rasa hamba nenekanda hamba almarhum inilah gerangan diturunkan Allah pula ke dunia. Maka sekarang pun nenekanda dan haraplah pertaruhkan apalah diri hamba kelak kepada belas kasihan nenekanda, kerana tiadalah lain orang lain hamba di lihat dalam dunia ini yang boleh memeliharai cucunda ini’. Hatta apabila didengar oleh orang tua itu akan akan ratap Taju’l- Muluk serta baik rupa , maka cenderunglah hatinya seraya katanya, ‘Ayuhai cucuku, daripada hari ini tuanlah menjadi cucuku dunia akhirat kerana akupun tiada bercucu.’
Maka apabila dilihat oleh Taju’l- Muluk akan perempuan tua itu telah termasuk di dalam serlingnya, maka ia pun tunduklah, menyembah di kaki ajuz itu. Maka segeralah disambut dan dipeluk oleh perempuan tua itu serta katanya, ‘Diamlah tuan, diamlah. Banyak linang, janganlah tuan membalutkan mata tuan itu,’ lalu dibawanya masuk ke rumahnya dan dengan diperjamuanya dengan serba makanan. Setelah selesai daripada makan minum, maka ujar Taju’l- Muluk, ‘Hai nenekku, adapun hamba ini ada bekerja pada seorang seorang amir. Sebab itu biarlah hamba pergi mengerjakan dahulu pekerjaannya itu.’
Maka sahut nenekanda, ‘Wahai cucuku, janganlah tuan bersusah- susah hendak mencari nafkah itu. Khabarilah tuan berapa laksa dinar atau barang sebagainya yang cucuku kehendaki itu. Bahawasanya akan harta nenekanda itu tiadalah terkira-kira dan tiada pula siapa yang hendak nenek berikan. Sekarang nenek berikan. Sekarang pun hai cucuku, sekalian harta cucuku, sekalian harta itu, tuanlah yang empunya dia kerana nenek pun telah tua. Apalah gunanya nenek simpan harta sebanyak itu.’ Maka apabila didengarlah oleh Taju’l- Muluk perkataan orang tua itu, maka sahutnya, ‘Hai nenekandaku, apalah gunanya harta dunia ini kepada cucunda, masakan lebih daripada cucunda beroleh nenek yang nenekanda hamba sendiri ,’ seraya dikeluarkan wang gajinya daripada amir itu hendaklah diserahkannya kepada neneknya itu.
Maka ujar neneknya, ‘Hai cucuku, bawalah wang ini buat belanja cucuku. Jika kurang ambillah seberapa banyak cucuku kehendaki.’ Maka Taju’l-Muluk pun diamlah. Sejurus kemudian lalu bermohon pulang ke rumah tuannya amir itu. Syahadan maka Taju’l-Muluk pun tiadalah berhenti pada tiap-tiap hari pergi berulang kepada neneknya. Maka neneknya itu pun makin lama makin mesra kasihnya akan Taju’l-muluk. Maka sekali persetua, sedang neneknya bersuka-suka bercakap dengan Taju’l-Muluk itu, bertanyalah ia, “Hai nenekku, apalah jua gerangan sebabnya tiada orang dapat mengalahkan Puteri Jenuh Hati bermain catur itu?’
Demi didengar oleh neneknya itu, tiadalah ia (berkata) beberapa lama suatu pun tiada apa jawabnya. Tiada apa jawabnya. Maka Taju’l-Muluk pun makinlah berulang ditanya berulang ditanya juga. Maka neneknya pun tiada terdaya lagi seraya katanya, ‘Hai cucuku, apalah cucuku endahkan halnya itu?’ Maka jawab Taju’l- Muluk, ‘Sekadar hamba hendak mengetahui sahaja. Khabari apalah hamba, nenekku.’ Maka sahut neneknya, ‘tiadalah nenek dapat khabarkan rahsia itu kerana jikalau diketahui orang rahsia itu, menjadi rosaklah pekerjaannya dan kita pun binasalah.’
Maka sahut
Taju’l- Muluk, ‘astaghfirullah nenekku! Gilakah hamba hendak membinasakan diri
hamba sendiri.’ Maka neneknya itu pun tiada berdaya lagi seraya katanya,
‘Adapun tuan puteri itu ada memelihara seekor kucing dan tikus Yang
telah diajarinya beberapa lama. Maka di atas kepala kucing itulah ditaruhnya
suatu pelita dan nya suatu pelita dan tikus itu menghadap di baliknya pelita
itu. Maka itu. Maka apabila dilihatnya ia hendaklah, segeralah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar